Urusan Terjemahan Dokumen

Posted by lilyliyanashatar 3 comments

Assalammualaikum,

Sedia maklum terdapat beberapa dokumen atau kenyataan dalam bahasa Arab yang perlu bagi pelajar untuk dikemukakan kepada pihak berkenaan di Malaysia.

Oleh yang demikian, JPMK (Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Mesir)Malaysian Students Department of Cairo, Egypt menawarkan perkhidmatan transelasi atau terjemahan dokumen dan kenyataan ke bahasa Melayu seperti berikut;

1) Pengesahan Kuliah (Tasdiq)

2) Slip keputusan peperiksaan (Kashfu Natijah)

3) Sijil Ijazah (Shahadah Asliyah)

4) Sijil Ijazah Sementara (Shahadah Muaqqatah)

5) Sijil Diploma, Kursus dan Lain-lain.

Borang yang digunakan untuk urusan transelasi

1) Borang Pengakuan Kuliah

2) Borang Pengakuan Tamat Belajar Di Mesir

Untuk urusan selain dari 2 perkara di atas, sila bertanya sendiri dengan kerani atau pegawai yang bertugas.

Salinan Fotokopi yang diperlukan untuk urusan terjemahan

1) Pengakuan Kuliah

2) Keputusan Peperiksaan

3) Sijil Ijazah

4) Sijil Ijazah Sementara

Proses permohonan terjemahan

1) MULA – Ambil borang

2) Isi maklumat yang diperlukan dalam borang

3) Kepilkan bersama borang;

a. Slip, Pengesahan atau Sijil Asal; atau (dikembalikan semula)

b. Salinan Fotokopi Slip, Pengesahan atau Sijil (tidak dikembalikan)

c. Salinan Fotokopi Passport (tidak dikembalikan)

4) Kemukakan kepada kerani yang bertugas (semasa mengemukan borang, anda perlu bertanya bila boleh disiapkan urusan tersebut)

5) Ambil terjemahan dari kerani

6) Bawa terjemahan tersebut dan kemukakan kepada pegawai yang bertugas untuk mendapat tandangan dan pengesahan.

7) SIAP.

Tempoh Masa Siap

Tempoh untuk menyiapkan urusan ini adalah mengambil kira;

1) 2 jam selepas penyerahan borang; atau

Contoh: serah pada jam 9 pagi, siap pada jam 11 pagi.

2) 1 hari tempoh bekerja; atau

Contoh: serah pada hari Ahad, ambil pada hari Isnin

3) 1 minggu selepas penyerahan borang; atau

4) Tertakluk kepada budi bicara kerani dan pegawai.

Keterangan lebih lanjut : http://jpmk.info

| edit post



Bismillah.

Baru-baru ini, ramai pula ustaz yang bertanyakan keadaan gigi mereka. Ada yang katanya longgar, ada yang bernanah, ada yang gusi mudah berdarah, ada yang warna hitam muncul di gigi.

Jawab saya mudah saja : "Enta pi buat regular check up dengan doktor gigi." :P
Habis bising mereka kata mahal la, takut la, cuak dengan "drill", takut doktor cabut gigi la dan macam-macam lagi alasan.

Apapun, saya bukanlah yang selayaknya untuk memberikan jawapan yang tepat berkaitan rawatan secara spesifik. Contohnya kisah malam tadi di mana ade seorang mahasiswi di rumah atas kami yang baru mencabut gigi di klinik, tetapi gusinya masih berdarah selepas beberapa jam, meminta tolong cara menghentikan pendarahan. Ayat pertama saya adalah: "Kejut Acap!"(dia tidur awal) dan "Cuba tepon Apang!" (yg menutup telepon dan menghilang) :P . Tapi Alhamdulillah baik-baik saja lepas acap dah consult dengan beberapa rakan sekelasnya dan beritahu apa nak buat (org tak bertauliah dilarang mengganggu). :D Sekarang ramai dah rakan-rakan Dr Malaysia di Fakulti Pergigian Universiti Mansurah yang boleh melakukan rawatan, so silalah membuat appointment dengan mereka (pesanan ini dibawa oleh khidmat masyarakat... hehe).

Ok, setakat brief info, saya bolehlah sedikit sebanyak berkongsi. Since soalan famous yang selalu dapat ialah "kenapa gusi berdarah?" So jom lihat kenapa.


Apakah penyakit periodontal?

Penyakit 'periodontal' atau penyakit gusi ialah jangkitan bakteria kronik yang melibatkan gusi dan tulang yang menyokong gigi. Penyakit periodontal boleh melibatkan sebatang gigi atau lebih.

Apakah puncanya?

Penyakit 'periodontal' disebabkan oleh bakteria di dalam plak (selapaut gigi yang melekit dan tidak berwarna). Jika tidak dibersihkan menggunakan berus gigi dan flos setiap hari, plak boleh bertambah (dan menjadi keras membentuk tartar) dan bakteria ini juga akan menjangkiti tisu gusi dan tulang yang menyokong gigi. Jika proses ini berterusan, gigi menjadi semakin longgar. Poket gusi iaitu suatu ruang akan terbentuk di antara gigi dan gusi, dan membenarkan lebih banyak bakteria berkumpul.



Siapa yang berisiko?

Penyakit gusi boleh memberi kesan kepada mana-mana kumpulan umur, termasuk kanak-kanak (termasuk kanak-kanak gigi :P). Walau bagaimanapun, ia paling banyak melibatkan orang dewasa. Beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko ialah:
  • Merokok, bersyisya atau mengunyah tembakau
  • Penyakit seperti kencing manis
  • Gigi serong dan tidak teratur
  • Tampalan gigi yang telah rosak
  • Kehamilan atau penggunaan pil pencegah hamil

Apakah tanda-tanda penyakit periodontal?

Penyakit ini boleh berlaku tanpa tanda peringkat awal. Oleh itu, pemeriksaan gigi yang kerap sangat penting untuk diagnosis awal.

Tanda-tanda biasa termasuk:
  • Gusi merah, bengkak dan lembut
  • Gusi berdarah sewaktu memberus gigi
  • Gusi menyusut dari gigi
  • Nafas berbau atau rasa di dalam mulut yang tidak menyenangkan
  • Nanah di antara gigi dan gusi
  • Wujud ruang di antara gigi
  • Gigi longgar


Apakah peringkat-peringkat penyakit periodontal?

Gingivitis adalah peringkat awal penyakit 'periodontal' yang hanya melibatkan gusi sahaja dan masih boleh dirawat. Jika dibiarkan tanpa rawatan, gingivitis boleh menjadi lebih kronik dan menyebabkan periodontitis.



Bagaimanakah cara merawat penyakit gusi ini?

  • Penyakit peringkat awal boleh dirawat sebelum ia menjadi kronik dengan mendapatkan pemeriksaan doktor gigi yang kerap.
  • Peringkat awal penyakit gusi boleh dirawat dengan memberus gigi dan mem'flos' dengan betul.
  • Penjagaan kesihatan gigi yang baik akan mencegah pembentukan plak.
  • Pembersihan secara professional oleh doktor gigi adalah satu-satunya cara untuk menanggalkan plak yang telah mengeras menjadi tartar.
  • Jika keadaan menjadi teruk, prosedur membersihkan akar gigi boleh dibuat. Akar gigi yang bersih dan rata dapat mengelakkan plak dari melekat pada permukaannya.
  • Jika keadaan anda lebih kronik, dapatkan khidmat rawatan dan nasihat dari pakar pergigian anda.



So, jika anda tidak mahu menjaga kesihatan mulut anda, anda sebenarnya membuka peuang untuk pelajar dentistry untuk melakukan praktikal rawatan ke atas anda :P. Jadi jagalah kesihatan gigi dan gusi anda sebaiknya. Jika anda mengamalkan pembersihan mulut yang optimum (berus gigi dua kali sehari, berkumur dengan ubat kumur dan flos), membuang tabiat yang tidak sihat (merokok/megambil tembakau), dan makan diet yang seimbang dan mematuhi masa, selain selalu berjumpa doktor gigi anda, ini akan mengurangkan kos perbelanjaan rawatan yang lebih rumit dan menjimatkan masa anda.

Sayangilah kesihatan mulut dan badan anda.
Once you click submit, please check your email for an invitation. Thank you. ~Admin
Name *
Dentistry - Year *
E-mail Address: *
Website / Blog

* Required
Palestine

What can you do?

Donate!

Spread The Cause!

Boycott Israel Products

Prays and Solat Hajat

Do Your Part