Photobucket

5 Mac 2010 – Bertempat di Darul Rahmah, telah berlangsung program “Dental Workshop: A Day in The Future” yang telah dianjurkan oleh Unit Akademik PERUBATAN Cawangan Mansurah yang telah dijayakan oleh senior dan junior mahasiswa Kuliyah Pergigian Universiti Mansurah. Bengkel yang bermula seawal jam 8.00 pagi telah mendapat sambutan daripada 96% mahasiswa yang telah berdaftar.


Program ini memfokuskan kepada pendedahan awal tentang silibus praktikal tahun 1 dan tahun 2 yang akan dipelajari oleh mahasiswa berkenaan pada tahun akan datang. Para peserta telah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil yang dikendalikan oleh seorang fasilitator bagi setiap kumpulan. Fasilitator dan peserta telah mengambil bahagian secara proaktif dalam mengajukan pelbagai soalan dan menjana perbincangan ilmiah yang memberi faedah kepada kedua-dua belah pihak.

Pengarah program, saudara Mohamad Asyraf bin Iskak apabila ditanya tentang bagaimana idea bengkel ini tercetus menjawab: “Ketika saya sedang membuat kerja praktikal di rumah, sahabat saya datang melihat dan meminta saya mengajarkannya serba sedikit supaya dia dapat bersedia untuk pengajiannya pada tahun hadapan. Dari situlah idea bengkel ini berkembang.” Beliau juga tidak menjangkakan sambutan dari mahasiswa, tetapi sambutan yang diberikan amat menggalakkan.

Photobucket
Saudara Asyraf Iskak "peace"

Seorang peserta tahun pra-pergigian, Nurdiyana Hasbullah apabila ditanya tentang pendapatnya tentang bengkel ini menjawab, “Program ini sangat berfaedah kerana mendedahkan subjek tahun 1 kepada kami yang membuat kami menjadi ‘excited’ nak masuk tahun 1, seterusnya membuat kami lebih bersemangat untuk belajar sekarang.” Beliau turut berharap agar tahun hadapan, banyak lagi isi yang dapat dikongsikan.

Faizatul Hawa Mohd Zuki, peserta pra-pergigian turut berpendapat sedemikan sambil menambah bahawa program ini dapat merapatkan ukhuwah antara senior dan junior selain memudahkan junior untuk bertanya soalan yang susah ditanya semasa di kuliyah yang menggunakan medium bahasa arab. Beliau berharap, tahun depan diwajibkan kepada semua supaya lebih meriah.

Bengkel ini berakhir pada jam 5.00 petang di mana semua peserta kelihatan letih tetapi penuh dengan semangat dan azam baru dalam diri masing-masing. Diharapkan bengkel sesi kedua untuk peserta lain pada 12 Mac ini setanding dan lebih hebat dari sesi pertama ini. Sekalung penghargaan kepada semua ajk pelaksana dan penggerak bengkel samada secara langsung dan tidak langsung. Kita memudahkan dan menolong sahabat lain, Allah pasti akan memudahkan dan menolong kita.

Photobucket
Antara peserta siswa tahun 1

Photobucket
Antara peserta siswa pra-pergigian

Photobucket
Antara peserta siswi tahun 1

Photobucket
Antara peserta siswi pra-pergigian


oleh Dr Nur

0 Response to ""I was in the future" - bengkel dentist"

Post a Comment

Once you click submit, please check your email for an invitation. Thank you. ~Admin
Name *
Dentistry - Year *
E-mail Address: *
Website / Blog

* Required
Palestine

What can you do?

Donate!

Spread The Cause!

Boycott Israel Products

Prays and Solat Hajat

Do Your Part