Bismillah

Bersyukur kepada Allah kita masih bernafas dalam jiwa seorang muslim. Apa khabar rakan-rakan sekalian? Harapnya masing-masing berada dalam kesihatan jasmani, aqli, dan rohani yang baik. Kesibukan telah melanda kerana lazimnya begitulah apabila menempuhi fatrah exam final. Adakah anda semua berada dalam kesibukan itu atau masih lagi bersahaja tanpa sebarang gerak kerja?

Jadi dalam renggang masa yang singkat ini, penulis ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai kempen biah solehah yang telah dilancarkan oleh PERUBATAN Cawangan Mansurah semasa program Maulidurasul yang lepas di mana pemulis sendiri tidak sempat menghadirinya. Namun harapnya dengan artikel ini, Allah memberi sedikit taufiq untuk kita bergerak mewujudkan sebuah biah yang solehah.


Cintakan Rasulullah dan sahabat

Seperti yang kita ketahui Rasulullah merupakan rahmat kepada sekalian alam. Membawa manusia dari kegelapan kepada cahaya. Meninggikan martabat manusia dengan menabur nilai akhlak islamiyyah yang sempurna. Dan membawa manusia kepada pengenalan kepada Tuhan yang Maha Agung.

Namun, jika kita renung kembali, Rasulullah saw telah melakukan pengorbanan yang tiada tolok bandingnya demi membawa risalah Islam kepada kita. Tidak basahkah kelopak mata kita hanya dengan memikirkan bagaimana seorang insan menanggung segala penderitaan berat hanya untuk kita? Adakah kita benar-benar mengenali siapakah baginda, atau kita sekadar mengetahui nama dan sedikit kisahnya sepintas lalu? Adakah kita layak menikmati hasil pengorbanan baginda saw dengan tidak melakukan apa-apa?

Antara cabaran dan pengorbanan baginda:
- Dihina, diseksa dan cuba dibunuh berkali-kali di makkah.
- Kesusahan semasa berhijrah ke Madinah bersama Abu Bakr ra.
- Nabi kematian orang yang dikasihinya semasa menegakkan Islam.
- Diperlekehkan dan dibaling batu di thoif.
- Kesungguhan baginda bersama mempertahankan Islam dalam banyak peperangan.

Dan terlalu banyak jika hendak disenaraikan. Namun adakah nabi putus asa dalam kerjanya? Mengapa tidak nabi minta malaikat memusnahkan kaum yang memeranginya sedangkan doa baginda dikabulkan.

Sungguh, betapa nabi menyayangi kita, sedangkan kita yang tidak menyayangi nabi saw. Ungkapan baginda sebelum pergi bertemu Kekasihnya, “Ummati, ummati” meliputi seluruh manusia dari zaman kerasulannya sehinggalah bayi yang terakhir lahir sebelum kiamat. Namun adakah kita merasai kita termasuk ummat yang disebut tadi? Sudahlah kita tidak layak, malah berlaku sombing pula dengan meninggalkan suruhan dan melakukan larangan nabi saw.
Oleh itu, marilah bersama-sama menghidupkan cinta terhadap Rasulullah saw dengan mengambil ajaran Islam secara sempurna. Bukan sekadar lafaz, tetapi merangkumi hati dan amalan.

Pada suatu hari Rasulullah saw menangis, maka para sahabat baginda bertanya, "Apa yang membuat engkau menangis wahai Rasulullah?" Maka jawab baginda, "Aku sangat rindu kepada ikhwanku." Maka sahabat pun berkata, "Bukankah kami ini ikhwanmu wahai Rasulullah?" Jawab baginda, "Tidak, kalian ialah sahabatku. Manakala ikhwanku ialah segolongan manusia yang hidup selepasku, mereka mengimaniku padahal mereka tidak pernah melihat aku." - HR Muslim

Photobucket




Tanam Mahmudah- Salam, Senyum dan Sangka Baik (3S)

Salam

Dari Abi Hurairah ra berkata: Bersabda Rasulullah saw : “Tidak masuk syurga sehingga kamu beriman, dan tidak beriman sehingga kamu berkasih-sayang. Adakah kamu hendak jika aku tunjukkan sesuatu yang jika kamu lakukan akan menyebabkan kasih-sayang? Sebarkanlah salam antara kamu semua.” HR Muslim

Photobucket


Senyum

Tersenyum ketika bertemu dengan saudara kalian adalah termasuk ibadah.
HR At-Tirmidzi, Ibnu Hibban, dan Al-Baihaqi

1. Dari Sisi Kesihatan
• Sama dengan olahraga
• Mengurangi infeksi pada paru-paru
• Mengurangi sakit jantung
• Meningkatkan semangat dan kesihatan
• Mengurangi dua hormon dalam tubuh iaitu eniferin dan kortisol
• Mempercepat proses penyembuhan penyakit
• Mengurangi rasa pedih atau sakit
• Ubat awet muda

2. Dari Sisi Psikologi
• Mengurangi stress
• Meningkatkan kekebalan secara psikologi
• Menjadi lebih rileks
• Memberi kesan berseri dan optimis (positive thinking)

3. Dari Sisi Agama
• Merupakan sedekah
• Obat rohani
• Tanda kemurahan hati

4. Dari Sisi Penampilan
• Menambah daya tarik
• Memperbaiki penampilan
• Menunjukkan kebahagiaan
• Lebih disegani

Photobucket



Sangka baik

Keburukan berburuk sangka:
- Tiadanya ukhuwwah islamiyah yang menyebabkan persahabatan yang tidak kukuh.
- Akan menabur tuduh-menuduh yang diikuti kezaliman yang lain
- Saling cuba menjatuhkan kejayaan orang lain.
- Pencetus kepada sifat-sifat mazmumah
- Menyebabkan amalan tidak diterima kerana niat yang ingin dilihat lebih hebat dari orang lain.
- Perasaan yang tidak akan tenteram.
- Tiada kepercayaan sesama muslim dalam apa-apa urusan.
- Perpecahan akibat saling meragui dan berburuk sangka.
- Balasan di dunia dan di akhirat.
- Dimurkai Allah. Maka apakah keburukan yang lebih buruk dari ini.

Photobucket


Solat Tiang Agama

Dari Abu Hurairah ra berkata : Aku mendengar Rasulullah saw bersabda : “Bagaimana pandangan kamu, sekiranya ada sungai di pintu rumah seorang dari kamu. Dia mandi di sungai itu setiap hari sebanyak lima kali, adakah padanya baki daki yang tertinggal?” Maka sahabat menjawab : “Tiada sedikit pun daki yang tertinggal.” Rasulullah bersabda : “Demikianlah perumpamaan solat lima waktu, dihapuskan Allah pada solat itu segala dosa-dosa.” HR Bukhari dan Muslim.

Dari Ibnu Umar ra bahawasanya Rasulullah saw bersabda : “Solat Berjemaah lebih baik dari solat berseorangan sebanyak 27 kali ganda.” HR Bukhari dan Muslim

Photobucket



Aurat dan Ikhtilat

Aurat

Di antara yang harus ditundukkannya pandangan, ialah kepada aurat. Kerana Rasulullah s.a.w. telah melarangnya sekalipun antara lelaki dengan lelaki atau antara perempuan dengan perempuan baik dengan syahwat ataupun tidak.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Seseorang laki-laki tidak boleh melihat aurat laki-laki lain, dan begitu juga perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan lain, dan tidak boleh seorang laki-laki bercampur dengan laki-laki lain dalam satu pakaian, dan begitu juga perempuan dengan perempuan lain bercampur dalam satu pakaian.” (Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi)

Photobucket


Ikhtilat

Di antara jalan-jalan yang diharamkan Islam ialah: Bersendirian dengan seorang perempuan lain. Yang dimaksud perempuan lain, iaitu: bukan isteri, bukan salah satu kerabat yang haram dikawin untuk selama-lamanya. Ini bukan bererti menghilangkan kepercayaan kedua belah pihak atau salah satunya, tetapi demi menjaga kedua insan tersebut dari perasaan-perasaan yang tidak baik yang biasa bergelora dalam hati ketika bertemunya dua jenis itu, tanpa ada orang ketiganya.

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan." (Riwayat Ahmad)

Photobucket



Budaya Ilmu

Ilmu merupakan makanan akal yang sangat diperlukan untuk menajamkan akal fikiran. Dengan keluasan ilmulah yang akan merendahkan hati manusia tentang betapa ceteknya ilmu manusia dan betapa agungnya Tuhan yang Maha Esa.

Daripada Anas ra berkata: Bersabda Rasulullah saw : “Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu, maka sesungguhnya dia berada di jalan Allah sehinggalah dia pulang.” HR Tirmizi

Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa menempuh satu jalan, yang di jalan itu ia tempuh dalam rangka menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga” HR Muslim

Photobucket



Perpaduan

Akibat perpecahan yang jelas dapat dilihat adalah kegagalan dan hilangnya kekuatan seperti yang dapat dilihat dalam surah Al-Anfal: 46. Kegagalan dari segi perancangan dan segala usaha kita adalah akibat dari perpecahan yang berlaku. Manakala hilangnya kekuatan adalah disebabkan perpecahan yang bermaksud tiadanya ukhuwwah Islamiyyah. Maka tanpa ukhuwwah ini, tiada kekuatan yang dapat dijana malah mampu meleburkan segala usaha dalam membangun dan menegakkan Islam.

“Dan hendaklah kamu berpegang dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah, dan ingatlah nikmat Allah ketika mana kamu bermusuhan (diantara aus dan khazraj) maka Allah mendamaikan hati-hati kamu dan kamu menjadi bersaudara dengan sebab nikmat yang Allah beri. Dan juga kamu berada ditepi jurang neraka maka Allah menyelamatkan kamu. Seperti demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatnya pada kamu mudah-mudahan kamu mendapat hidayah. Dan hendaklah kamu menjadi sekumpulan manusia yang menyeru kepada kebaikan, dan mencegah kemungkaran. Dan janganlah engkau menjadi seperti orang-orang yang berpecah-belah dan berselisih pendapat selepas datangnya keteranganketerangan pada mereka, dan mereka mendapat azab yang amat besar.” (Ali Imran: 103-105)

Photobucket



Semoga dengan ini, bertambah lagi semangat kita untuk menghidupkan biah solehah di sekeliling kita. Ingatlah, ini bukannya suatu yang direka cipta oleh manusia, ianya datang dari Allah swt dan Rasulullah saw. Jadi siapa lagi yang lebih mengetahui baik atau buruknya sesuatu melainkan Allah dan Rasul-Nya? Dengan biah solehah inilah yang akan menyebabkan rahmat Allah swt. Maka dengan rahmat Allah inilah yang akan memudahkan pembelajaran kita di sini.

Wallahua'lam.


Skop Kempen Biah Solehah sessi 2009/2010

1. Cintakan Rasulullah Dan Sahabat (sempena Maulidur Rasul)
2. Tanam Mahmudah- Salam, Senyum dan Sangka Baik (3S)
3. Solat Tiang Agama
4. Aurat Dan Ikhtilat
5. Budaya Ilmu
6. Perpaduan

Dr Nur


Photobucket

5 Mac 2010 – Bertempat di Darul Rahmah, telah berlangsung program “Dental Workshop: A Day in The Future” yang telah dianjurkan oleh Unit Akademik PERUBATAN Cawangan Mansurah yang telah dijayakan oleh senior dan junior mahasiswa Kuliyah Pergigian Universiti Mansurah. Bengkel yang bermula seawal jam 8.00 pagi telah mendapat sambutan daripada 96% mahasiswa yang telah berdaftar.


Program ini memfokuskan kepada pendedahan awal tentang silibus praktikal tahun 1 dan tahun 2 yang akan dipelajari oleh mahasiswa berkenaan pada tahun akan datang. Para peserta telah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil yang dikendalikan oleh seorang fasilitator bagi setiap kumpulan. Fasilitator dan peserta telah mengambil bahagian secara proaktif dalam mengajukan pelbagai soalan dan menjana perbincangan ilmiah yang memberi faedah kepada kedua-dua belah pihak.

Pengarah program, saudara Mohamad Asyraf bin Iskak apabila ditanya tentang bagaimana idea bengkel ini tercetus menjawab: “Ketika saya sedang membuat kerja praktikal di rumah, sahabat saya datang melihat dan meminta saya mengajarkannya serba sedikit supaya dia dapat bersedia untuk pengajiannya pada tahun hadapan. Dari situlah idea bengkel ini berkembang.” Beliau juga tidak menjangkakan sambutan dari mahasiswa, tetapi sambutan yang diberikan amat menggalakkan.

Photobucket
Saudara Asyraf Iskak "peace"

Seorang peserta tahun pra-pergigian, Nurdiyana Hasbullah apabila ditanya tentang pendapatnya tentang bengkel ini menjawab, “Program ini sangat berfaedah kerana mendedahkan subjek tahun 1 kepada kami yang membuat kami menjadi ‘excited’ nak masuk tahun 1, seterusnya membuat kami lebih bersemangat untuk belajar sekarang.” Beliau turut berharap agar tahun hadapan, banyak lagi isi yang dapat dikongsikan.

Faizatul Hawa Mohd Zuki, peserta pra-pergigian turut berpendapat sedemikan sambil menambah bahawa program ini dapat merapatkan ukhuwah antara senior dan junior selain memudahkan junior untuk bertanya soalan yang susah ditanya semasa di kuliyah yang menggunakan medium bahasa arab. Beliau berharap, tahun depan diwajibkan kepada semua supaya lebih meriah.

Bengkel ini berakhir pada jam 5.00 petang di mana semua peserta kelihatan letih tetapi penuh dengan semangat dan azam baru dalam diri masing-masing. Diharapkan bengkel sesi kedua untuk peserta lain pada 12 Mac ini setanding dan lebih hebat dari sesi pertama ini. Sekalung penghargaan kepada semua ajk pelaksana dan penggerak bengkel samada secara langsung dan tidak langsung. Kita memudahkan dan menolong sahabat lain, Allah pasti akan memudahkan dan menolong kita.

Photobucket
Antara peserta siswa tahun 1

Photobucket
Antara peserta siswa pra-pergigian

Photobucket
Antara peserta siswi tahun 1

Photobucket
Antara peserta siswi pra-pergigian


oleh Dr Nur
Once you click submit, please check your email for an invitation. Thank you. ~Admin
Name *
Dentistry - Year *
E-mail Address: *
Website / Blog

* Required
Palestine

What can you do?

Donate!

Spread The Cause!

Boycott Israel Products

Prays and Solat Hajat

Do Your Part