Photobucket

G
EORGETOWN: Sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM), berjaya menghasilkan dua produk baru bagi kegunaan bidang pergigian iaitu bahan tampalan gigi berteknologi nano dan alas dada dari bahan buangan kelapa sawit, ‘MyDental Bib’.

Kumpulan penyelidik diketuai Dr Dasmawati Mohamad dari Pusat Pengajian Sains Pergigian USM berjaya menghasilkan bahan tampalan bagi membaiki gigi hadapan lebih cantik dan mudah digilap tetapi pada harga lebih rendah dari pasaran.

Bahan tampalan gigi itu yang mempunyai warna seakan-akan gigi asal pesakit, digunakan bagi memperbaiki gigi hadapan yang rosak dan mempunyai kekuatan yang tinggi.

Dr Dasmawati berkata, bahan tampalan berteknologi nano yang ada di pasaran ketika ini amat terhad dan dijual dengan harga tinggi.

Katanya, sehubungan itu, beliau dan kumpulan penyelidiknya mengambil inisiatif memajukan bahan tampalan berteknologi nano yang ada di pasaran ketika ini dan berjaya menghasilkan produk baru yang dikenali sebagai `Kelfil’.

“Sebelum ini penghasilan komposit bahan tampalan ini mengambil masa agak lama, namun menerusi teknologi yang kita hasilkan daripada kajian sejak hujung tahun lalu, ia boleh mempercepatkan proses membuat komposit.

“Di pasaran ketika ini, bahan tampalan gigi berteknologi nano dijual pada harga RM200 bagi setiap empat gram, namun kita menghasilkan bahan sama yang lebih baik pada harga RM170 bagi setiap empat gram,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Selain itu, USM turut memperkenalkan satu lagi produk terbarunya iaitu ‘MyDental Bib’ iaitu alas dada yang dihasilkan dari bahan buangan kelapa sawit melalui kerjasamanya dengan Felda sejak tiga tahun lalu.

MyDental Bib adalah hasil kerjasama kumpulan penyelidik dari Pusat Pengajian Sains Pergigian USM, Pusat Teknologi Industri USM dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral USM dengan pembiayaan sebanyak RM250,000 dari Yayasan Felda.

Ketua penyelidik, Prof Madya Dr Zainul Ahmad Rojion, berkata ketika ini alas dada pakai buang yang digunakan di klinik dan hospital pergigian ketika pesakit mendapat rawatan diimport dari luar negara menjadikan ia lebih mahal selain tidak mesra alam.

“Oleh itu, kami memikirkan untuk menghasilkan bahan yang lebih murah dan mesra alam iaitu dari bahan buangan kelapa sawit memandangkan ia banyak ditanam di negara ini selain mudah reput dan tidak mencemarkan alam.

“Alas dada ini dihasilkan dari selulosa yang terdapat pada tandan kelapa sawit. Selulosa selalunya digunakan untuk menghasilkan kertas dan ia lebih mesra alam,” katanya.

Beliau berkata, alas dada yang dihasilkan USM mampu dijual pada harga tujuh sen berbanding 17 sen harga pasaran ketika ini.

Sumber : Harian Metro

Nur
Mansourah, Egypt.


Apa itu Bruxism atau Teeth Grinding?

Ia adalah satu keadaan pergeseran secara paksaan antara permukaan occlusal gigi bawah dan gigi atas (permukaan yang digunakan untuk kunyahan). Pergeseran itu biasanya berlaku tanpa kawalan samada geseran ke depan dan kebelakang atau ke kiri dan ke kanan. Dan biasanya bruxism berlaku bersama jaw clenching (ketapan - mandible shut tightly). Mereka yang mendapat kondisi ini dipanggil bruxers.

Adakah Bruxism membawa masalah?

Ya. Kondisi bruxism yang tidak ditangani dengan cepat mampu memberikan kerosakan yang kekal kepada gigi dan ketidakselesaan di bahagian mulut dan muka. Kondisi teeth grinding yang berlaku tanpa kawalan ini sangat berbahaya kepada gigi terutamanya waktu tidur. Semasa tidur, mastication force (kekuatan kunyahan) boleh mencecah 6 kali ganda lebih dari kekuatan kunyahan biasa dan boleh berlaku dalam 40 minit dari 1 jam waktu tidur.
Antara komplikasi akibat bruxism ini ialah:
  • kekacauan struktur rahang bawah
  • kesakitan pada rahang bawah (kesukaran membuka dan menutup mulut)
  • kelukaan
  • pening kepala
  • sakit telinga
  • kerosakan pada gigi (permukaan atas, akar, dan periodontal ligament)
  • kerosakan gigi palsu atau tampalan pada gigi
  • menyebabkan gigi sensitif
  • goyangan gigi (tooth mobility)

Photobucket

Photobucket

Photobucket



Apa yang menyebabkan bruxism?

Sebab dan punca berlakunya bruxism atau teeth grinding tidak dapat ditentukan secara tepat. Namun dapat disenaraikan beberapa faktor yang dipercayai secara kajian dan pemerhatian dan dapat di kalsifikasikan kepada 2 iaitu:

Faktor bruxism pada orang dewasa:
  1. Tekanan perasaan. Ia adalah punca utama berlakunya bruxism di kalangan orang dewasa terutamanya sewaktu tidur. Tekanan perasaan boleh mengganggu kitaran tidur seseorang.
  2. Kekecewaan dan menyimpan dendam dan marah. Semasa marah atau kecewa, biasanya seseorang akan menggigit dengan kuat mulutnya menyebabkan berlakunya bruxism. Biasanya keadaan ini tidak dapat dikawal.
  3. Perwatakan yang agresif. Sama dengan sebab yang sebelumnya, iaitu berkaitan emosi. Cuma kali ini, mereka tidak menyimpan dendam atau marah, malah melepaskan marah mereka dalam keadaan mengetap gigi dengan kuat tanpa kawal. Beberapa kajian menyatakan bahawa mereka yang agresif, suka bertanding, suka mengawal dan mengarah mendapat keadaan bruxism ini.
  4. Masalah fungsi Central Nervous System. Beberapa kajian membuktikan disfunction of central nervous system sebagai punca berlakunya bruxism seperti Huntington's disease dan Parkinson's disease (neurological disorder).
  5. Ubatan dan dadah. Ubat antidipressant seperti Prozac dan Celexa, dadah seperti ekstasi dan kokaine dibuktikan memberikan bruxism sebagai kesan sampingan penggunaannya.
  6. Susunan gigi yang tidak normal. Ia lebih dikenali malocclusion. Inilah salah satu sebab fizikal bruxism. Namun, ia masih dalam peringkat teori dan belum dibuktikan mana-mana kajian saintifik.
Faktor bruxism pada kanak-kanak:

Bruxism adalah keadaan yang biasa berlaku pada kanak-kanak. Namun keadaan ini akan hilang apabila kanak-kanak itu menghampiri usia remaja.
  1. Perkembangan tumbesaran rahang dan pertumbuhan gigi baru. Untuk kanak-kanak bawah umur 7 tahun, gigi mereka masih dalam peringkat tumbesaran. Masa perkembangan gigi itu selalunya menyebabkan kegatalan pada gusi mereka dan menyebabkan mereka mengunyah tanpa sebab. Teeth grinding semasa itu adalah respon badan terhadap perubahan dan perkembangan rahang kanak-kanak. Dan untuk gigi yang baru tumbuh, biasanya bruxism berlaku untuk membetulkan susunan gigi kepada susunan yang lurus dan betul. Biasanya keadaan bruxism ini berakhir apabila gigi telah sempurna lurus dalam paksi rahang tersebut.
  2. Marah dan tekanan perasaan. Seperti orang dewasa, kanak-kanak mempunyai perasaan dan merasai tekanan dan marah. Mereka turut mendapat kondisi bruxism ini.

Photobucket


Apakah rawatan bagi bruxism?


Setakat ini tiada rawatan khusus yang mampu merawat kondisi bruxism, namun kondisi ini dapat dikawal.

Untuk mengawal kondisi ini, mereka yang mendapat bruxism ini perlu mengetahui punca sebenar berlakunya kondisi ini ke atas mereka. Berjumpa dengan doktor gigi adalah langkah terbaik supaya dia dapat melakukan pemeriksaan ke atas mulut mereka samada terdapat abnormaliti, kerosakan pada tisu, otot dan urat mulut. Kemudian doktor tersebut akan menemubual dan menyoal selidik samada mereka mempunyai masalah psikologi.

Biasanya masalah bruxism dapat diringankan dengan memakai mouthguard seperti yang dipakai pemain-pemain bola sepak mahupun sukan lasak. Mouthguard ini dapat mengurangkan kesan bruxism semasa tidur.

Photobucket

Photobucket



Lanjutan rawatan terhadap bruxism adalah berdasarkan puncanya:
  • Masalah berkaitan tekanan perasaan - Mendapatkan rawatan psikologi daripada pakar psikologi. Muscle relaxant atau botulinum toxin dapat meredakan secara sementara otot rahang bawah daripada mengetap rahang, namun ia hanyalah jalan terakhir sekiranya rawatan lain tidak berakhir.
  • Masalah berkaitan struktur dan susunan gigi - Rawatan ortodontik dan pembetulan permukaan occlusal boleh dilakukan.
  • Masalah Neuromuscular dan otak - Rawatan gandingan antara doktor gigi dan doktor psikologi diperlukan untuk mengatasi maslah yang kompleks ini.
  • Masalah berkaitan ubat. Doktot anda mungkin akan mengubah ubat yang perlu diambil kepada yang tidak mendatangkan bruxism sebagai kesan sampingan pengambilan ubat tersebut.

Sumber:
- http://worldental.org
- Sharon L. Albright, D.D.S.,
Aesthetic Restorative Dentistry,
East Bay Area in north Oakland.
- http://neurology.health-cares.net
- http://www.mayoclinic.com
- http://www.ada.org/public/index.asp
- Ilham dari bunyi kawan yang mendapat teeth grinding semasa tidur.


Nur
Mansourah, Egypt.
Apa itu Canker Sore?

Ia adalah sejenis barah atau bisul kecil yang membentuk seperti kawah di bibir dan bahagian dalam pipi yang lebih dikenali "tissue lining the oral cavity". Ia mungkin kelihatan kecil, tetapi amat memedihkan. Canker sore adalah perkara yang biasa berlaku. 20% (1 dari 5 orang) dari populasi manusia mendapat Canker sore pada satu masa. Ia juga dikenali dalam istilah perubatan sebagai aphthous ulcers atau aphthous stomatitis.

Biasanya perempuan lebih mudah terkena berbanding lelaki. Ia juga boleh berlaku pada sebarang umur, namun ia lebih biasa berlaku pada masa remaja. Canker sore secara amnya terbahagi kepada 3 jenis mengikut size:
  • Minor sore - berdiameter 1 mm hingga 10 mm. Ia adalah jenis yang paling banyak (80%) terkena kepada manusia, dan sembuh selepas 7-10 hari.
  • Major sore - berdiameter lebih dari 10 mm. 10% dari Canker sore adalah jenis ini. Biasanya ia mengambil masa 10-30 hari untuk sembuh dan mungkin akan meninggalkan parut.
  • Herpetiform ulcers - 10% dari Canker sore adalah dari jenis ini. Ia berlaku akibat gabungan beberapa minor sore dan biasanya sembuh selepas 7-10 hari.

Photobucket

Canker sore biasanya boleh dijumpai di bahagian yang selalu berlaku pergeseran (gigi / outer stimulus / makanan). Ianya bermula dengan bulatan merah kecil di mana pesakit mula terasa pedih. Selepas beberapa ketika, ia pecah menjadi bojolan bulatan kecil berwarna putih kekuningan di tengah dan dikelilingi halo merah.


Sebab-sebab berlakunya Canker sore

  • Trauma - Sama ada tergigit bibir atau bahagian dalam pipi atau geseran makanan yang keras dan tajam.
  • Irritation of the oral tissue - disebabkan orthodontic braces, gigi yang ber'filling' atau 'denture' yang tajam.
  • Stress.
  • Allergic to the food taken .
  • Ubat gigi atau pembersih mulut yang mengandungi bahan kimia yang dikenali sodium laurel sulfate (SLS).
  • Pertukaran hormon dalam badan termasuk menstrual cycle.
  • Ada kajian yang membuktikan genetik keluarga dan kekurangan zat makanan tertentu boleh menyebabkan Canker sore.

Bagaimana mengelak Canker sore?

1. Elakkan mengambil makanan yang keras dan tajam seperti potato chips yang memungkinkan ia menggeser bahagian dalam pipi atau bibir.
2. Elakkan mengguna berus gigi yang kasar (hard) gunalah yang separa lembut (medium) atau lembut (soft) jika gusi dan bahagian dalam mulut anda mudah terluka.
3. Elakkan makanan yang pedas dan asidic.

Canker sore tidak berjangkit. Jadi pesakit tidak perlu bimbang berjangkit kepada orang lain.

Photobucket

Bagaimana mengubati Canker sore?

Canker sore sembuh dengan izin Allah tanpa sebarang rawatan spesifik. Tetapi di sana ada pelbagai cara untuk mengurangkan rasa pedih akibat Canker sore tersebut seperti Topical medication (directly applied) - Benzocaine (Oragel), Lidocaine (anaesthetic), Achromycin (antibiotic) , pembersih-pembersih mulut - diphenhydramine suspension (cecair Benadryl allergy), cecair kumuh steroid anti-inflammatory , dan oral medication.

Namun begitu, jika Canker sore tersebut tidak sembuh dalam jangka masa yang lama. Pesakit disarankan berjumpa dengan doktor untuk mendapat rawatan lanjut.


Sumber:
-http://www.medicinenet.com
-http://www.animated-teeth.com
-http://www.dental1.org
-http://worldental.org/
-Pengalaman dan penelitian penulis yang selalu kena Canker sore.

Nur
Mansourah, Egypt.
Bismillah.

As usual, do it and submit your works to the lecturers. Or discuss with your study group members. Or maybe do it as you think the best way to get the grasp of what its all about. Happy studying.

Anatomy: The past year question by chapters
Download Ms Word:



The Skull / Scalp / Mandible

Norma Occipitalis

03, 06, 09midyear

Ligament attached to mandible

06

Layers of scalp

03

Face

Blood supply of the face (veins and arteries)

06, 09midyear

Buccinator muscle

04

Sensory innervations

02, 03

Muscle of mastication

02

Temporal / Infratemporal region

Course and branches of maxillary nerve

08

Pterygoid plexus of veins

02, 07

Inferior alveolar nerve (mandibular nerve)(branches)

04, 07

Auriculotemporal nerve (mandibular nerve)

09midyear

Branches of maxillary nerve

08

3rd part of maxillary artery (branches)

04

Lingual nerve (origin, course, distribution)

02

Temporalis muscle

09midyear

Parotid gland / Side of the neck / Anterior triangle of the neck

Posterior triangle of the neck (boundaries, contents)

08, 09midyear

Parotid gland (nerve, blood, relationship)

06

Digastric triangle (boundaries, contents)

03

Carotid triangle (boundaries, contents)

09

Infrahyoid muscle (origin, insertion, nerve supply, action)

03

Relation of parotid gland (termination and anatomy of duct)

03


Submandibular region

Sublingual salivary gland (relation, nerve supply)

08

Lingual artery (origin, course, branches)

06, 08, 09

Submandibular salivary gland (site, relation)

05, 07

Mylohyoid muscle and Hyoglossus muscle (origin, insertion, nerve supply, action)

06, 09

Deep structure of neck

Ansa cervicalis

08

External carotid artery

03, 05

Hypoglossal nerve

04, 09

Internal jugular vein

03

Vagus nerve (branches)

02

Oral cavity

Muscle of palate

02, 03, 05, 06, 08

Lymphatic drainage of tongue

08

Muscle and nerve supply of tongue

07

Hard palate and soft palate

07

Hard palate

02, 03

Tensor palate muscle (origin, insertion, nerve, action)

09

Temporo mandibular joint

Articular disc and ligament of TMJ

02, 04, 07

Embryology

Formation of hard palate

08

Development of teeth and formation of roots

03, 04, 08, 09

Differentiation of frontonasal prominence

03, 05, 07

Congenital anomalis

04, 05, 06, 07

Pharyngeal plexus

05, 06, 09

Others

Maxillary sinus

03, 05, 06, 07, 09

Cavernous sinus (tributaries and communications)

02, 09

Nerve supply of pharynx

03




Example:
Midyear exam 2009

Photobucket


Final Exam 2009

Photobucket


Anatomy is easy!
Nur
Mansourah, Egypt.
Once you click submit, please check your email for an invitation. Thank you. ~Admin
Name *
Dentistry - Year *
E-mail Address: *
Website / Blog

* Required
Palestine

What can you do?

Donate!

Spread The Cause!

Boycott Israel Products

Prays and Solat Hajat

Do Your Part