Bismillah.



Ya, ia mungkin perkara yang pelik didengari. Namun ia adalah satu pembedahan yang telah berlaku dan terbukti kejayaannya. Namun, saya rasa ramai yang teruja tentang bagaimana gigi boleh ditanam (implant) di dalam mata dan dapat membantu menyembuhkan penglihatan.

Prosedur pembedahan ini adalah amat jarang dijalankan. Hanya lebih kurang 600 pembedahan serupa pernah berlaku sepanjang masa kini. Dan salah satu pembedahan yang terkenal ialah yang dijalankan di University of Miami Miller School of Medicine. Prosedur pembedahan itu lebih dikenali sebagai Modified Osteo-Odonto-KeratoProsthesis atau MOOKP.

Para pakar bedah pergigian dan mata tidak menjangkakan prosedur pembedahan ini akan menjadi terkenal atau popular dan ia lebih kepada jalan terakhir sekiranya pembedahan atau treatment lain tidak berhasil. Ia adalah satu prosedur yang lama dijalankan, memerlukan tenaga pakar dari kedua-dua bidang pergigian dan opthalmology, dan memakan kos rawatan yang agak tinggi. Namun jika ini adalah cara yang terakhir, ia adalah berpatutan.

Kebanyakan pesakit yang mendapat rawatan ini ialah pesakit yang mendapat rare disease yang dikenali sebagai Stevens-johnson syndrome. Penyakit ini menyebabkan selaput mata seseorang menjadi rosak dan meninggalkan kesan yang amat teruk seperti tiada kelembapan dan tiada air mata. Namun bahagian dalam mata tersebut masih berfungsi dengan baik.



Prosedur rawatan ini terbahagi kepada 3 fasa. Fasa pertama ialah dengan pembedahan dari pakar pergigian untuk extract sebatang gigi dari mulut pesakit itu sendiri, kemudian menyediakan gigi itu menjadi selaput dental tissue. Sebab diambil gigi pesakit itu sendiri adalah supaya sistem immuniti pesakit tersebut tidak mengklasifikasikan dental tissue yang akan ditanam nanti sebagai foreign matter. Dental Tissue tersebut akan dijadikan selaput kornea yang baru menggantikan selaput kornea yang rosak. Kemudian doktor akan extract sebahagian daripada tisu pipi dari dalam yang akan digunakan sebagai selaput di sekitar pupil mata tersebut.

Dental tissue tersebut akan ditebuk dan diletakkan lensa prosthetic sebagai laluan cahaya ke dalam mata nanti. Kiranya Dental Tisue tersebut menjadi platform meletakkan lensa optical tersebut.

Kebiasaannya doktor yang menjalankan tranplan mata akan mengelakkan rawatan yang berisiko tinggi untuk mata, namun dalam kes pesakit Stevens-johnson syndrome, faktor itu diketepikan.

Klik untuk melihat animasi prosedur pembedahan tersebut.


Sumber:
Floss.com
CNN.com
Medicalnewstoday.com
Telegraph.co.uk
Bascom Palmer Institute University of Miami
Blistree.com
ABCnews.com

Nur
Mansourah, Egypt.

0 Response to "Pesakit Buta Sembuh dengan Implantasi Gigi ke dalam Mata."

Post a Comment

Once you click submit, please check your email for an invitation. Thank you. ~Admin
Name *
Dentistry - Year *
E-mail Address: *
Website / Blog

* Required
Palestine

What can you do?

Donate!

Spread The Cause!

Boycott Israel Products

Prays and Solat Hajat

Do Your Part