Bismillah.


Sekadar bacaan ringan.

Sering terjadi apabila seseorang mengalami kecederaan pada gigi, dia tidak tahu apakah yang sepatutnya dilakukan untuk merawat kecederaan tersebut, seperti yang beberapa kali terjadi ke atas mahasiswa semasa bersukan di istad(stadium).

Jadi apakah yang sepatutnya dilakukan sekiranya gigi kacip kekal tercabut?

Gigi kacip (incisors) atau gigi hadapan (anterior teeth) sering tercedera ketika terjatuh, bersukan, dalam kemalangan jalan raya dan sebagainya. Tindakan yang cepat dan betul dapat menyelamatkan gigi tersebut dan mengelakkan rawatan yang lebih rumit.


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Tindakan yang sepatutnya diambil sekiranya gigi cedera atau tercabut adalah:

  • Gigit kain yang bersih seperti sapu tangan atau kain kasa jika berlaku pendarahan pada gusi.
  • Pegang gigi yang tercabut pada bahagian korona (bahagian gigi yang kelihatan dalam mulut).
  • Jika gigi yang tercabut itu tidak tercemar, masukkan semula ke tempat asalnya.
  • Jika gigi itu tercemar, bilas gigi itu dengan air mengalir terlebih dahulu.
  • Apabila gigi telah dimasukkan ke tempat asalnya, letakkan sapu tangan atau kain kasa di atasnya dan gigit.
  • Sekiranya gigi tersebut tidak dapat dimasukkan ke tempat asalnya, rendamkan gigi tersebut ke dalam bekas bersih berisi susu segar atau air liur sendiri, ataupun masukkan ke dalam beg plastik bersih supaya gigi itu tidak kering.


Kemudian, segera ke klinik pergigian atau hospital untuk rawatan lanjut. Antara precaution yang anda perlu tahu:

  • Jangan pegang bahagian akar gigi yang tercabut.
  • Jangan berus permukaan gigi dan akarnya.
  • Jangan guna bahan cucian seperti sabun, bahan peluntur ataupun dettol.
  • Jangan balut gigi tersebut dengan kertas tisu atau sapu tangan.

Apa kesan jika gigi anda tidak diurus dengan baik sekiranya tercedera?

  • Kesakitan pada gusi dan oral cavity anda.
  • Paras rupa (esthetic) kerana gigi hadapan patah, hilang, atau bertukar warna.
  • Sukar nak mengunyah dan bertutur.
  • Jika gigi tersebut adalah gi gi susu, kemungkinan tumbesaran gigi kekal akan terjejas.

Jadi bagi anda yang bermain sukan lasak, bagaimana ingin mengurangkan risiko kecederaan gigi?

Risiko kecederaan gigi boleh dikurangkan dengan memakai alat pelindung mulut semasa mengambil bahagian dalam sukan lasak tersebut.

Alat pelindung mulut biasanya diperbuat daripada getah dan disarungkan pada gigi. Ia boleh diperolehi di kedai sukan, farmasi, atau ditempah di klinik pergigian (size sesuai). Pilihlah alat pelindung yang boleh lentur, tahan koyak, selesa dipakai, sesuai dengan mulut dan tidak mengganggu percakapan atau pernafasan.

Photobucket

Photobucket


Selamat bersukan.

DrNur

0 Response to "Kecederaan pada gigi - apa nak buat?"

Post a Comment

Once you click submit, please check your email for an invitation. Thank you. ~Admin
Name *
Dentistry - Year *
E-mail Address: *
Website / Blog

* Required
Palestine

What can you do?

Donate!

Spread The Cause!

Boycott Israel Products

Prays and Solat Hajat

Do Your Part