Photobucket

G
EORGETOWN: Sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM), berjaya menghasilkan dua produk baru bagi kegunaan bidang pergigian iaitu bahan tampalan gigi berteknologi nano dan alas dada dari bahan buangan kelapa sawit, ‘MyDental Bib’.

Kumpulan penyelidik diketuai Dr Dasmawati Mohamad dari Pusat Pengajian Sains Pergigian USM berjaya menghasilkan bahan tampalan bagi membaiki gigi hadapan lebih cantik dan mudah digilap tetapi pada harga lebih rendah dari pasaran.

Bahan tampalan gigi itu yang mempunyai warna seakan-akan gigi asal pesakit, digunakan bagi memperbaiki gigi hadapan yang rosak dan mempunyai kekuatan yang tinggi.

Dr Dasmawati berkata, bahan tampalan berteknologi nano yang ada di pasaran ketika ini amat terhad dan dijual dengan harga tinggi.

Katanya, sehubungan itu, beliau dan kumpulan penyelidiknya mengambil inisiatif memajukan bahan tampalan berteknologi nano yang ada di pasaran ketika ini dan berjaya menghasilkan produk baru yang dikenali sebagai `Kelfil’.

“Sebelum ini penghasilan komposit bahan tampalan ini mengambil masa agak lama, namun menerusi teknologi yang kita hasilkan daripada kajian sejak hujung tahun lalu, ia boleh mempercepatkan proses membuat komposit.

“Di pasaran ketika ini, bahan tampalan gigi berteknologi nano dijual pada harga RM200 bagi setiap empat gram, namun kita menghasilkan bahan sama yang lebih baik pada harga RM170 bagi setiap empat gram,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Selain itu, USM turut memperkenalkan satu lagi produk terbarunya iaitu ‘MyDental Bib’ iaitu alas dada yang dihasilkan dari bahan buangan kelapa sawit melalui kerjasamanya dengan Felda sejak tiga tahun lalu.

MyDental Bib adalah hasil kerjasama kumpulan penyelidik dari Pusat Pengajian Sains Pergigian USM, Pusat Teknologi Industri USM dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral USM dengan pembiayaan sebanyak RM250,000 dari Yayasan Felda.

Ketua penyelidik, Prof Madya Dr Zainul Ahmad Rojion, berkata ketika ini alas dada pakai buang yang digunakan di klinik dan hospital pergigian ketika pesakit mendapat rawatan diimport dari luar negara menjadikan ia lebih mahal selain tidak mesra alam.

“Oleh itu, kami memikirkan untuk menghasilkan bahan yang lebih murah dan mesra alam iaitu dari bahan buangan kelapa sawit memandangkan ia banyak ditanam di negara ini selain mudah reput dan tidak mencemarkan alam.

“Alas dada ini dihasilkan dari selulosa yang terdapat pada tandan kelapa sawit. Selulosa selalunya digunakan untuk menghasilkan kertas dan ia lebih mesra alam,” katanya.

Beliau berkata, alas dada yang dihasilkan USM mampu dijual pada harga tujuh sen berbanding 17 sen harga pasaran ketika ini.

Sumber : Harian Metro

Nur
Mansourah, Egypt.


0 Response to "Guna sisa sawit untuk tampalan gigi"

Post a Comment

Once you click submit, please check your email for an invitation. Thank you. ~Admin
Name *
Dentistry - Year *
E-mail Address: *
Website / Blog

* Required
Palestine

What can you do?

Donate!

Spread The Cause!

Boycott Israel Products

Prays and Solat Hajat

Do Your Part