Gusi Berdarah-Mulut berbau-Gigi Goyang

Posted by Dental Officer
*Berdarah semasa memberus gusi atau memberus gigi?
*
Gusi merah, bengkak dan lembut?
*Keluar nanah di antara gigi dan gusi apabila gusi ditekan?

*Gigi kekal menjadi longgar dan jarang-jarang?

*Gigi kelihatan lebih panjang?
*
*
Kedudukan gigi berubah atau menjadi tidak serasi apabila menggigit?
*Gusi sensitif dan sakit ketika mengunyah?
*Nafas berbau busuk yang tidak hilang-hilang atau rasa kurang enak di dalam mulut?


Pertanyaan-pertanyaan ini yang selalu ditanya kepada kami dan Insyallah akan kami ulaskan dengan lebih teliti dan padat.

Jika anda mempunyai salah satu daripada tanda-tanda di atas, anda mungkin menghidap penyakit gusi (periodontal) yang menjadi penyebab utama kehilangan gigi di kalangan orang dewasa.
Penyakit gusi terutamanya berlaku disebabkan oleh pengumpulan plak bakteria.

Plak merupakan lapisan nipis dan melekit mengandungi bakteria yang sentiasa terbentuk di dalam mulut. Plak yang tidak dibuang akan mengeras selepas beberapa hari. Plak yang keras ini dipanggil karang gigi atau tartar.

“Apabila plak terbentuk di sepanjang permukaan gusi, ia akan menyebabkan gusi membengkak dan mudah berdarah. Keadaan ini dikenali sebagai
"Gingivitis".


“Jika plak ini tidak disingkirkan, toksin akan menyebabkan gusi lekang(menjauhi) daripada gigi dan membentuk lekuk di antara gigi dan gusi,”

Jangkitan di bahagian ini akan memusnahkan gentian yang memegang gigi di tempatnya. Tulang penyokong gigi juga akan rosak. Keadaan ini dipanggil
"Periodontitis".

Peringkat penyakit periodontal
.

Yang paling biasa adalah seperti berikut:
Gingivitis: Peringkat awal penyakit ini bermula dengan keradangan (pendarahan, kemerahan, bengkak dan pedih pada gusi) disebabkan oleh pembentukan plak.Ubat gigi atau air kumuran mulut mungkin boleh digunakan untuk mengurangkan pendarahan dan bengkak bagi gingivitis yang tidak teruk

Periodontitis: Ia adalah peringkat penyakit gusi yang lebih mendalam melibatkan tulang dan ligamen yang mengelilingi gigi.Jikalau tidak dirawat, ia akan merosakkan tulang dan tisu-tisu yang memegang gigi. Gusi akan nampak menjauhi daripada gigi dan paras tulang akan merosot.

Periodontitis yang sudah teruk: Lebih banyak kehilangan tulang pemegang berlaku. Gusi menyusut lebih jauh dan terpisah daripada gigi.Nanah akan terbentuk, kehilangan tulang terus terjadi dan gigi menjadi longgar dan boleh tertanggal.
Kaitannya dengan penyakit-penyakit lain
* Diabetes
* Penyakit pernafasan
* Penyakit jantung

Terdapat beberapa teori yang mengaitkan penyakit gusi dengan masalah jantung.

Salah satunya mengatakan bahawa bakteria oral boleh mempengaruhi jantung apabila ia memasuki saluran darah, melekat pada plak berlemak di dalam pembuluh darah jantung lalu mengakibatkan pembentukan darah beku.

Individu yang mengalami penyakit periodontal adalah dua kali lebih cenderung menderita penyakit arteri koronari yang boleh menyebabkan serangan jantung.

* Kelahiran bayi pramatang

Wanita hamil dengan masalah periodontal adalah tujuh kali lebih berkemungkinan melahirkan bayi sebelum tiba masanya. Bayi juga adalah terlalu kecil.Penyakit periodontal adalah sejenis jangkitan dan semua jangkitan semasa mengandung perlu diawasi kerana ia boleh merisikokan kesihatan bayi.Biasakan bayi anda menggosok gigi selepas menyusu dengan letakkan kain lembut pada permukaan gigi.

Pilihan rawatan termasuk

* Mencuci gigi (scaling): Gigi dibersihkan untuk menanggalkan lapisan di atas dan di bawah garis gusi.
* Mengairi gigi: Cecair dihalakan di bawah garis gusi untuk memaksa keluar serta membunuh kuman, membolehkan pertumbuhan semula tisu sihat.
* Sekiranya terdapat poket yang dalam dan tulang telah musnah, doktor pergigian anda mungkin mengesyorkan pembedahan gusi.
Langkah-langkah pencegahan

Pada pandangan saya,
"Anda tidak perlu memberus gigi selepas bangun tidur di waktu pagi, tetapi beruslah selepas sarapan" .
Kerana biasanya selepas sarapan anda tidak akan lagi memberus gigi anda sehingga ke petang atau malam hari.Sudah berapa lama oral cavity anda berada dalam keadaan tidak bersih?

“Sebetulnya, kita disarankan memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu selepas bersarapan dan sebelum tidur".Justeru itu juga, jika tidak diberatkan oleh umat nabi Muhammad, nescaya baginda ingin mewajibkan "bersiwak" sebelum sembahyang lima waktu.Nah bertapa cantiknya islam dalam penjagaan kesihatan manusia sejagat.

*Pengguanaan jenis berus gigi perlu betul.bagi pesakit gusi, sila bertukar berus gigi jenis "SMOOTH".

*Amalkan berkumur selepas makan dan tukar berus gigi dalam tempoh tiga bulan ataupun selepas mendapatkan rawatan penyakit gusi.

Selain plak bakteria yang menjadi faktor utama, penyakit gusi juga boleh disumbangkan oleh risiko-risiko

seperti:

* Merokok: Anda memerlukan lebih alasan untuk berhenti merokok? tabiat buruk ini merupakan faktor risiko paling utama yang dikaitkan dengan pembentukan periodontitis. Tambahan pula, ia menipiskan peluang anda untuk rawatan yang berkesan.

* Perubahan hormon wanita: Akil baligh, kehamilan dan menopaus menyebabkan gusi menjadi lebih sensitif sekali gus memudahkan pembentukan gingivitis.

* Diabetes: Pesakit diabetes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan, termasuklah penyakit periodontal.Jangkitan ini akan menjejaskan keupayaan untuk memproses dan/atau menggunakan insulin, menyukarkan pesakit diabetes mengawal kandungan gula dalam darah.

* Tekanan: Kajian mendapati, tekanan menjadikan tubuh badan lebih sukar melawan jangkitan.

* Ubat-ubatan: Sesetengah ubat-ubatan seperti ubat perancang, antidepresan dan ubat-ubatan jantung boleh memberikan kesan terhadap kesihatan oral (mulut) disebabkan oleh kesan sampingan kekurangan aliran air liur. (Air liur memberikan perlindungan terhadap gigi dan gusi).

* Penyakit: Penyakit seperti kanser dan AIDS serta rejim rawatannya juga boleh menjejaskan kesihatan gusi.

* Genetik: Penyelidikan telah membuktikan sesetengah orang (sehingga 30 peratus) mewarisi penyakit gusi daripada ahli keluarga mereka.

Sekalipun mempunyai tabiat penjagaan yang agresif, mereka adalah enam kali lebih berkemungkinan menghidap penyakit periodontal berbanding orang lain.
Ditanya sama ada penyakit periodontal boleh dipindahkan daripada seseorang kepada yang lain atau tidak?
Jawpannya ya, ia mungkin boleh terjadi di kalangan ibu bapa dan anak-anak serta sesama pasangan suami isteri.Kerana
“Bakteria penyebab penyakit periodontal dipindahkan menerusi air liur,”

lihat video disini

Sekadar ini sahaja buat kali ini.
Semoga anda semua menjaga pintu utama penyakit badan kita.
Teruskan berdoa dan bertawakkallah selalu.

Assalamualaikum.

sumber:
Oral Disease Aboutabl's color atlas 1st Edition
Oral Pathology 3rd Year Mansoura Dentistry Text book.
Medicine.medscape
http://www.mayoclinic.com
http://www.perio.org
http://sainsdanteknologi.blogspot.com/
http://azansubuhkhamis.blogspot.com/

penterjemah & ulasan
Raja Mohammad Affan bin Raja Mohammed Tazilli
4rd year
Mansoura University's Dental Student
in associate author with www.klinikmansurah.blogspot.com

3 Response to "Gusi Berdarah-Mulut berbau-Gigi Goyang"

  1. Anonymous Said,

    I da gusi darah 2008 tapi lepascuci, ubat abis; gusi tetap bedarah walaupun berus gigi dah ikut cara yang disyorkan dentist, berus sehala. 2010 pun keluar darah sikit dan gigi goyang. Adakah cara untuk sembuhkan atau makanan untuk menghilangkan kesan ni? ataukah akan terus menerus berdarah?

     

  2. sayuti Said,

    Klu saya nk buat rawatan harga die brape?

     

  3. Unknown Said,

    Assalamualaikum. Perlulakah saya berhenti memakan ubat antidepresi ssri.. Apa saranan doktor? Terima kasih

     

Post a Comment

Once you click submit, please check your email for an invitation. Thank you. ~Admin
Name *
Dentistry - Year *
E-mail Address: *
Website / Blog

* Required
Palestine

What can you do?

Donate!

Spread The Cause!

Boycott Israel Products

Prays and Solat Hajat

Do Your Part