Kali ini penulis berkongsi kajian mengenai HYPERDONTIA atau juga dikenali sebagai SUPERNUMERARY teeth. Dalam bahasa ibunda kita yang mudah difahami, diterjemahkan sebagai
"Gigi Tambahan'
Etiology
Percambahan lebihan unit germa(tunas) gigi semasa proses pertumbuhan.
Clinical Features
1.Majoriti berlaku pada GIGI KEKAL.
2.Maxila atau rahang atas lebih banyak berlaku kes daripada rahang bawah.(mandible).
3.Terutamanya bahagian gigi hadapan dan gigi paling belakang.
Gigi tambahan ini bukan sahaja tumbuh di bahagian gusi, malah ada kes dilaporkan ia berada di lelangit lembut(lelangit paling belakang) atau dibahagian bawah permukaan hidung.
Supernumerary teeth ini berlaku sama ada disebabkan oleh genetik keluarga atau sindrom.
contohnya: Cleidocranial dysplasia.
Perhatikan tulang klavikel nya dan perhatikan gambar X-ray dibawah.Cuba anda bilang berapa gigi kesemuanya?-bilangan normal: 36
Treatment:
Jika menimbulkan sebarang gangguan terhadap cara pengunyahan individu atau susunan gigi,
CABUTAN harus dibuat.
Gigi tambahan yang tumbuh ke permukaan secara tidak normal, serong atau terbenam, pembedahan kecil akan dilakukan.
Sekian sahaja sehingga jumpa lagi.
Assalamualaikum.
Sumber:
Supernumerary overview & diagnosis-Canadian Dental Association http://www.cda-adc.ca/
Syrian Dentist Forum- www.studentals.net
Penulis:
Raja Mohammad Affan Raja Tazilli.
Dental Student 4th year.
Mansoura University,Egypt
each pic is needed written with courtesy from who