Mitos dan Fakta Tentang Gigi

Posted by onepisu
Mitos: Pencucian ( scaling ) gigi yang kerap menyebabkan gigi nipis.
Fakta: Alat yang digunakan utk mencuci gigi tidaklah bersifat tajam. Alat ini hanya bergetar untuk menanggalkan karang gigi(dental plaque) yang keras seperti simen dan melekat pada permukaan gigi. Jadi pencucian yang kerap iaitu 6 bulan sekali tidak akan menipiskan gigi. Gigi boleh terhakis jika diberus dengan berus yang keras dan juga jika diberus dengan kuat setiap hari.

Mitos: Pencucian gigi yang kerap menyebabkan gigi semakin goyang.
Fakta: Gigi bergoyang disebabkan oleh tulang yang memegang pada akar gigi telah berkurangan. Ini berpunca daripada karang gigi yang melekat pada gigi. Lama- kelamaan karang gigi itu menjadi sangat tebal dan memegang keseluruhan gigi-gigi yang bergoyang menyebabkan gigi-gigi tersebut nampak seperti tidak bergoyang. Jadi apabila karang gigi itu dibersihkan, maka gigi terasa seperti lebih bergoyang. Jika selalu mencuci gigi, maka karang itu susah nak terjadi dan tulang akan sihat seterusnya gigi tak bergoyang

Mitos: Jika tak cabut gigi susu sebelum gigi kekal tumbuh, gigi akan menjadi tak tersusun
Fakta: Gigi susu yang goyang menandakan gigi kekal sudah semakin hampir ke permukaan dan juga akar gigi susu tadi telah dihakis(bone resorption caused by continuous force of erupting permanent teeth) oleh gigi kekal.Gigi susu ini boleh tercabut sendiri ataupun dicabut oleh dr gigi apabila masa utk gigi itu tanggal telah tiba. Jika dicabut terlalu awal, ia boleh menyebabkan gigi kekal tidak tersusun kerana ruang yang sepatutnya utk gigi kekal itu tumbuh(provided by the resorbing root of deciduous teeth) sudah semakin kecil disebabkan gigi lain bergerak ke ruangan itu. Gigi yang tak tersusun biasanya disebabkan oleh keturunan (rahang kecil, gigi besar) dan juga kerana gigi dicabut terlalu awal.

Teeth eruption
The crown of the permanent teeth moving upward & downward towards occlusal plane causing bone resorption to the root of the deciduous teeth

Mitos: Jika gigi susu rosak, elok dicabut sahaja kerana akan diganti oleh gigi kekal
Fakta: Gigi susu sama sahaja fungsinya dengan gigi kekal iaitu untuk mengunyah makanan.Fungsinya sama penting dengan gigi kekal iaitu untuk memastikan tubuh badan mendapat nutrisi sepenuhnya untuk tumbesaran. Jika dicabut, beberapa masalah akan timbul. Pertama, kesukaran untuk makan kerana ketiadaan gigi.Ini akan menyebabkan makanan tidak dikunyah dgn sempurna lalu menyebabkan Kedua, gigi kekal akan lambat tumbuh kerana lagi lambat menembusi gusi berbanding jalan yang telah dibuat oleh akar gigi susu. Ketiga, akan menyebabkan gigi kekal tidak terusun.

Mitos: Doktor gigi suka membuat lubang kecil pada gigi menjadi lebih besar.
Fakta: Lubang pada gigi kadangkala nampak kecil sahaja pada luarannya tetapi hakikatnya di dalamnya sudah kosong(disebabkan oleh aktiviti microorganisms yg berlaku pada bhgian dentin yg tidak kelihatan secara zahirnya) Bila doktor gigi membersihkan semua bahagian yang rosak, maka nampaklah lubang itu semakin besar.Bukan salah dr tpi salah diri sendiri sbab xjaga gigi dgn betul :)

Mitos: Gigi palsu lagi senang dipakai dan tahan lama.
Fakta: Gigi palsu tidak akan tahan selama-lamanya kerana lama kelamaan tulang dan gusi akan mengecil, jadi gigi palsu akan menjadi semakin longgar dan perlu di ganti dengan yang baru.

Artificial teeth
Artificial teeth

Mitos: Tidak boleh buat rawatan pergigian jika mengandung
Fakta: Rawatan pergigian seperti cuci, tampal boleh dibuat pada bila2 masa saja termasuklah semasa mengandung. Rawatan yang memerlukan pesakit duduk terlalu lama atau rawatan yang susah seperti cabutan secara pembedahan, rawatan saraf eloklah di elakkan semasa mengandung di 3 bulan pertama dan 3 bulan terakhir.

Mitos: Gigi yg putih adalah gigi yg sihat.
Fakta: Gigi yg putih secara semulajadi tanpa rawatan pemutihan(bleaching) merupakan gigi yg sihat kerana gigi anda tidak mungkin kelihatan putih sekiranya terdapat karies gigi,karang gigi,kalkulus dan sebagainya.Walaubagaimanapun,gigi yg putih dgn rawatan pemutihan gigi mungkin hanya cantik di luaran sahaja tetapi di bhgian dalam gigi mungkin terdapat pelbagai masalah kesihatan gigi.GIgi bukanlah bewarna putih pada asalnya.Kerap menggosok gigi dan flossing boleh membantu memutihkan gigi anda tetapi ia tidak akan merubah warna asal gigi anda.Elakkan mknan dan minuman yg boleh mencemarkan gigi anda(stain your teeth)spt kopi,teh dan minuman karbonat.

Mitos: Gigi yg telah menjalani rawatan pemutihan akan kekal selama-lamanya.
Fakta: Tiada satu pun prosedur pemutihan gigi akan memutihkan gigi anda selama-lamanya.Masa tertakluk kepada jenis rawatan yg dilakukan(dlm lingkungan 3 bulan - 5 tahun)Penjagaan makanan,minuman dan kekerapan menggosok gigi serta flossing membantu memanjangkan masa pemutihan gigi anda.

Sebelum & selepas rawatan pemutihan
Sebelum & selepas rawatan pemutihan

Mitos: Ubat gigi pemutih(whitening tooth paste) sudah memadai.
Fakta: Ubat gigi jenis ini hanya berfungsi untuk membuang "stains" yang terletak pada permukaan luar gigi.Ubat gigi ini juga mungkin mencerahkan sedikit gigi anda(slightly) tetapi tidak membersihkan stains dalaman(intrinsic stains) yang mana memerlukan agen pemutih yg lebih kuat.Walaubagaimanapun,ubat gigi ini tidak akan merubah warna asal gigi anda.Sekiranya anda mahu memutihkan gigi anda,sila berjumpa dgn dr gigi anda(remember,a small pearly white teeth always look false!)

Mitos: Hanya gula dlm gula-gula,kek,minuman karbonat dan coklat sahaja yg tidak baik utk gigi.
Fakta: Sememangnya kesemua jenis makanan dan minuman diatas tidak baik utk gigi anda(dan juga kesihatan anda secara umum),tetapi ingat, bahawa buah-buahan kering,jus buah2an dan madu juga mengandungi gula semulajadi yg boleh menyebabkan kereputan gigi(tooth decay).Seeloknya,limitkan makanan2 spt ini dan gosok gigi anda sekurang-kurangya 2 kali sehari.Mengambil terlalu byk makanan berasid spt buah oren gula-gula apricot masam juga boleh menyebabkan kereputan gigi.

Mitos: Nafas busuk(halitosis) hanya disebabkan oleh kesalahan memberus gigi.
Fakta: 85-90% halitosis disebabkan oleh kebersihan gigi yg teruk(bad oral hygiene).Merokok,sesetengah makanan dan underlying disease juga boleh menyebabkan nafas anda berbau busuk.Kekerapan menggosok gigi,flossing dan mengamalkan diet pemakanan dan minuman yg sihat serta menjalankan senaman dengan kerap merupakan jalan yg terbaik utk bau nafas yg menyegarkan.


Sources:
- http://www.pyroenergen.com/articles08/tooth-decay-cause.htm
- http://www.nhs.uk/Livewell/dentalhealth/Pages/Dentalhome.aspx
- http://ezinearticles.com/?Teeth-Whitening---Myths-and-Facts-About-Teeth-Whitening&id=2660590
- http://drleen.wordpress.com/

2 Response to "Mitos dan Fakta Tentang Gigi"

  1. Anonymous Said,

    Hello, just wanted to say, I liked this post.
    It was helpful. Keep on posting!

    my blog post ... buy breast actives

     

  2. Anonymous Said,

    I think the admin of this site is genuinely working hard in favor of his web site, for the reason that here every stuff is quality based stuff.



    Look into my web site :: Caliplus

     

Post a Comment

Once you click submit, please check your email for an invitation. Thank you. ~Admin
Name *
Dentistry - Year *
E-mail Address: *
Website / Blog

* Required
Palestine

What can you do?

Donate!

Spread The Cause!

Boycott Israel Products

Prays and Solat Hajat

Do Your Part